-Kawan Aku-

Pengalaman Luka Berdarah

Assalamualaikum...

Nak jugak tepek kat sini sebab nanti kalau Muhammad Wafiy dah besar, boleh kenang semula kehebatan dia sebab kecik-kecik dah macam-macam hal dia buat.

Ada 2 keadaan peristiwa berdarah si kecik ni tau. Yang pertama hidung tersungkur dah berdarah tegak atas hidung .Yang kedua pulak kes terpegang pan panas! 😫

Semua ni jadi pada usia dia 1 tahun .
Aktif betul kamu wahai anak 😄




Haa . ..Ni la dia ..Bahagian tapak tangan tu kes pegang pan panas .Bahagian hidung tu kes tersungkur kena tikar. 

Cabaran betul si kecik bujang ni untuk di kawal .Hahaha .Tapi takpelah .Allah dah bagi anugerah terindah ni pon sangat bersyukur dah .Tinggal jaga dan didik yang terbaik je. Insya Allah. 

Wafiy . .kamu tahu tak kamu selalu buat ummi nangis memalam mengenang segala yang terjadi. Huhuhu.. Benarlah jadi seorang ummi kena kuat semangat. 

Siapa ada anak bujang macamni jugak. Payah benor nak nampak diam ye !Hahahaha 😅


Shake Manggo di Batu Pahat

Assalamualaikum..

Kisah manggo shake tengah viral kat Batu Pahat sekarang kata ye. Hihihi. Diri ni pon dah terlibat sama. Sesekali basah tekak kata ye .hahaha. 

#funfruits

Ok tu hashtag yang kalau korang nak tengok viral ke tak selarang. Kedai dia kecik je sebelah kedai buah. Berdepan dengan Proton Servis. Selepas Bukig Pasir, Batu Pahat. 

Nanti free bolehla singgah beli dan AMALKAN PEMAKANAN SIHAT dengan beli buah sebelah dia. Hihihi. 

Harga:
Kecik ni RM3.50.
Sederhana besar RM5.00
Besar tak ingat. Tapi confirm bawah RM10 

Selamat datang ke BATU PAHAT!  


Siapa perlukan Vitamin C?

Assalamualaikum...

Vitamin C adalah salah satu vitamin yang sangat penting pada badan kita. Kalau anda tahu, Vitamin C tidak boleh dihasilkan sendiri oleh badan. Sebab tu kita selalu digalakkan oleh doktor untuk selalu amalkan pengambilan Vitamin C.

Dengan mendapat keperluan Vitamin C yang secukupnya badan akan mempunyai imunisasi yang lebih tinggi dalam melawan penyakit. Jadi jangan abaikan pengambilan Vitamin C dalam kehidupan seharian.



Shaklee juga ada menawarkan kepada pengguna mereka sumber Vitamin C iaitu, SR Vita C Plus. Sebelum ni juga saya dah kongsikan berkaitan dengan Kelebihan SR Vita C Plus. Harini nak kongsikan pula siapa yang angat memerlukan sumber Vitamin C.

  • IBU MENGANDUNG
  • IBU BERPANTANG
  • KERAP DEMAM
  • KANAK-KANAK
  • LELAKI PEROKOK
  • LELAKI KERJA BERAT
  • IBU MENYUSU
Mengikut indeks yang dikeluarkan Amerika Syarikat, jumlah kandungan vitamin C yang diperlukan adalah seperti berikut:

Lelaki Dewasa = 90 mg/harian 
Wanita Dewasa = 75 mg/harian
Kanak-kanak;  (1-3 tahun) = < 400mg , (4-8 tahun) = < 650mg, (9-13 tahun) = < 1200mg
Wanita Hamil/Menyusu = < 85mg

Jadi jangan lupa untuk ambil sumber Vitamin C anda setiap hari! Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan produk shaklee boleh hubungi saya ok!

IG: @ayut_hidayah
FB: ayut hidayah
Whatsap/Telegram: 019-3627388 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...